Anda Ingin Menceburi Bidang Perniagaan? atau.. Sudah Berniaga! Tetapi Masih Belum Berjaya?

Saya ada "SESUATU" yang ingin dikongsikan dengan anda!..

Assalammualaikum & salam sejahtera ...

Kehadapan sahabat-sahabatku.... usahawan.. dan juga bakal usahawan..

Nama saya Ahmad Fauzi, 12 tahun lalu, saya telah memulakan langkah saya di dalam bidang keusahawan dengan membuka sebuah perniagaan kecil. Ianya adalah sebuah syarikat pemprosesan makanan. Bunyinya agak tidak menarik bukan? Tetapi.. Alhamdulilah.. selepas10 tahun, syarikat kecil saya itu kini, telah berjaya melepasi angka jualan sebanyak RM1 juta setiap tahun.

Bukan itu yang saya mahu banggakan disini. Tetapi apa yang ingin saya kongsikan dengan anda disini, ialah tentang pengalaman saya bergelumang di dalam dunia keusahawan selama lebih 10 tahun ini.

Banyak perkara dan pengalaman yang telah saya lalui, ada gembira, sedih dan duka. Kesemuanya memberikan saya semangat dan insipirasi untuk terus "berusaha" dan juga "melawan" di dalam dunia keusahawanan ini.

 

MENGAPA GAGAL?

Selama 12 tahun ini juga, saya melihat ramai rakan-rakan lain yang turut menceburi dunia perniagaan dan keusahawan. Ada yang berjaya, tetapi ramai juga yang gagal. Kebanyakkan kegagalan itu berpunca dari perkara-perkara yang sepatutnya seseorang usahawan itu boleh elakkan jika mereka bertanya kepada usahawan lain yang lebih berpengalaman.

Kadangkala, saya terfikir untuk memberikan sepatah dua tips dan panduan kepada mereka, tetapi, siapalah saya? Orang tak minta takkan kita pandai-pandai nak beri nasihat? Nanti dikata kita "berlagak" pula? Tetapi, di dalam hati ini, membuak-buak untuk saya berkongsikan serba sedikit pengalaman saya tentang dunia keusahawanan.

Jadi, saya fikir, adalah lebih baik jika saya bukukan sahaja pengalaman saya ini. Jika ada yang berminat, bolehlah baca, manakala bagi yang tidak berminat, mungkin boleh beritahu rakan , adik-beradik atau saudara mara lain yang berminat.. :)

 

MEMPERKENALKAN EBOOK USAHAWAN BERJAYA!

Setelah beberapa bulan mencuri-curi masa untuk menaip di komputer, maka, akhirnya, siaplah sebuah ebook yang penuh dengan kisah, pengalaman , nasihat serta tips-tips dari saya berkenaan dunia keusahawanan. Harapan saya, semoga ebook ini dapat memberikan serba-sedikit membantu para usahawan atau bakal usahawan di dalam untuk membuat keputusan mengenai hala tuju kehidupan mereka di dalam dunia keusahawanan

Usahawan Berjaya

 

UNTUK SIAPAKAH EBOOK INI?

Ebook "Usahawan Berjaya" ini sebenarnya, saya tulis untuk beberapa golongan, iaitu...

Untuk seorang ibu atau bapa, ebook "Usahawan Berjaya" ini boleh diberikan sebagai bahan bacaan untuk anak-anak anda diperingkat sekolah menengah untuk menimbulkan minat mereka menjadi seorang usahawan.

Untuk seorang pelajar di pusat pengajian tinggi, kolej atau sedang menjalani kursus dan latihan kemahiran, ebook "Usahawan Berjaya" ini boleh menjadi panduan untuk anda membuat persediaan dan memilih keusahawanan sebagai satu kerjaya disatu masa nanti.

Untuk graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian anda dan telah membuat keputusan untuk bekerja dahulu sebelum menceburi bidang keusahawanan, ebook "Usahawan Berjaya" ini boleh membantu anda membuat pilihan kerja sebaik yang mungkin bersesuaian dengan impian anda untuk menjadi seorang usahawan kemudian nanti.

Untuk seorang pekerja yang mempunyai impian untuk menjadi seorang usahawan, ebook "Usahawan Berjaya" ini boleh dijadikan sebagai panduan dalam persediaan untuk menceburi dunia perniagaan secara sistematik.

Untuk seorang usahawan yang baru bermula, ebook "Usahawan Berjaya" ini boleh membantu anda membuat keputusan-keputusan perniagaan yang betul dan mengelakkan daripada melakukan kesilapan-kesilapan yang mungkin timbul.

Untuk seorang usahawan seperti saya, ebook "Usahawan Berjaya" ini tentunya boleh dijadikan sebagai media untuk ‘ bertukar-tukar ‘ nota ( comparing notes ) yang boleh memantapkan lagi perniagaan anda.

Dapatkan Segera Ebook Ini

APAKAH ISI KANDUNGAN EBOOK INI?

Isi kandungan ebook "Usahawan Berjaya" ini disusun secara sistematik dengan gaya bahasa yang mudah berdasarkan pengalaman saya dalam memahami makna sebenar Usahawan : Usaha dan Melawan. Antara topik-topik yang utama ialah :

Topik Usahawan PKS memberi informasi berkenaan senario Perusahaan Kecil dan Sederhana ( PKS ) di Malaysia , tip memilih bidang perniagaan yang paling sesuai, model perniagaan dan konsep JIT, rakan kongsi, mentor dan tip-tip daripada mentor, impian dan keajaiban, menangani perasaan takut dan bagaimana saya memulakan perniagaan.

Topik Pengalaman Menjadi Usahawan menceritakan peringkat-peringkat tertentu kehidupan saya sebagai seorang usahawan PKS sejak dari tahun 1998 sehingga 2009. Kisah suka-duka, kejayaan-kekecewaan, pengiktirafan, dan sebagainya.

Topik Masa Yang Sesuai Menjadi Usahawan berkisar kepada pepatah Dimana Ada Krisis, Di Situ Juga Ada Peluang , teori kuadran aliran tunai yang memberi impak kepada kehidupan, peranan pelanggan dan pembekal dalam kehidupan kita.

Topik Usahawan Impian pula memberikan panduan dalam proses mencari, mencipta, membina dan memberi hala tuju impian anda kearah menjadi usahawan impian yang berjaya.

Topik Keghairahan ( Passion ) yang menjadi pendorong untuk merealisasikan impian menjadi usahawan, perniagaan berteraskan keghairahan, dan tip-tip bimbingan yang anda perlukan.

Topik Keusahawanan pula mengajak anda membuat kuiz mudah keusahawan, mengetahui 5 Panca indera dalaman seorang usahawan, mitos mengenai usahawan, alasan utama menolak menjadi usahawan, sifat-sifat utama, kemahiran dan personaliti seorang usahawan dan alasan-alasan utama kenapa saya memilih untuk menjadi seorang usahawan.

Topik Memulakan Perniagaan memberi jawapan kepada faktor faktor penghalang untuk memulakan perniagaan, persediaan dan pendekatan memulakan perniagaan.

Topik Kegagalan Usahawan-Usahawan pula memberikan sebab-sebab utama usahawan-usahawan gagal dalam perniagaan.

Topik Pelan Perniagaan memberikan garis panduan bagaimana membuat pelan perniagaan yang berkesan untuk perniagaan anda.

Dapatkan Segera Ebook Ini

BELAJARLAH DARI PENGALAMAN ORANG LAIN!

Saya tidak menjanjikan anda akan terus berjaya dengan cemerlang selepas membaca ebook ini. Tetapi apa yang boleh saya katakan, ianya akan membantu memendekkan masa anda untuk berjaya. Anda tidak perlu mengulangi kesilapan-kesilapan yang sama yang pernah saya lakukan. Anda hanya perlu baca dan jadikan ia sebagai pengajaran supaya anda tidak mengalami masalah yang sama. Bukankah ianya lebih mudah dan menjimatkan masa, tenaga dan wang anda?

Kata cerdik pandai, belajar dari pengalaman orang lain adalah lebih mudah berbanding belajar dari pengalaman sendiri. Saya pasti anda juga setuju mengenainya. Jadi, apa kata anda dapatkan ebook ini sekarang dan bacalah sendiri pengalaman 12 tahun perniagaan orang lain. Saya pasti anda akan belajar sesuatu darinya.. :)

Dapatkan Segera Ebook Ini

BERAPAKAH HARGA EBOOK INI?

Tujuan utama saya menulis ebook ini, bukanlah untuk menjadi kaya menerusinya. Tujuan utama saya hanyalah untuk berkongsi pengalaman sahaja. Pada mulanya, saya terfikir untuk memberikan ebook ini secara PERCUMA sahaja, tetapi memandangkan terdapat beberapa kos yang terlibat di dalam meghasilkan ebook ini, terutama kos yang ditanggung oleh pihak penerbit, maka saya terpaksa meletakkan sedikit harga untuk ebook ini. Tambahan lagi, jika tiada sebarang harga diletakkan pada ebook ini, ianya seolah-olah menggambarkan ebook ini tidak mempunyai sebarang nilai.

Saya tidak mahu ebook ini dipandang seperti itu. Jadi, setelah berbincang dengan pihak penerbit, kami bersetuju untuk meletakkan ebook ini pada harga RM30 sahaja.. tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah.

Dapatkan Segera Ebook Ini

 

Dapatkan Segera Ebook Usahawan Berjaya

 

 

JAMINAN PULANGAN WANG SEMULA

100% Jaminan Tanpa Risiko

Dengan setiap pembelian E-Book ini, anda akan dilindungi dengan JAMINAN PULANGAN WANG 100% selama 30 hari dari tarikh pembelian, jika anda tidak berpuas hati dengan info yang terdapat di dalam ebook ni serta merakan, ianya tidak bermanfaat langsung kepada diri anda.

 

Salam Usahawan & salam kejayaan!

Yang Benar

Ahmad Fauzi

Ahmad Fauzi
Usahawan PKS
www.usahawanberjaya.com

 

Diterbitkan dan diedarkan Oleh:
Shuth Network Sdn. Bhd. 
No 23-1, Jalan 9/9C, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor.
Tel : 012-3655625